Pantai Hiburan Rompin
Pantai Hiburan Rompin merupakan tempat menarik di Rompin yang wajib anda singgah jika bercuti di Rompin. Ia terletak 1.7 kilometer dari Pekan Rompin iaitu kira-kira 3 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah bersantai ambil angin sambil berkelah atau berbabeku, mandi laut, bermain pasir, bermain layang-layang, dan bermain di taman permainan yang disediakan. Apa yang paling menarik, anda boleh melihat dolphin atau ikan lumba-lumba di sini asalkan anda datang tepat pada masanya. Menurut maklumat, ikan lumba-lumba boeh dilihat di sini selepas habis musim tengkujuh iaitu pada awal tahun. Oleh itu, kalau anda teringin nak tengok dolphin berenang di sini bolehlah rancang percutian anda dari sekarang.
0 comments:
Catat Ulasan